Pada pukul 6.30 pagi, kami berkumpul di rumah Avindran. Selepas itu, kami bertolak ke taman rekreasi di Seremban 2, Seremban. Kami memilih tempat tersebut kerana ramai orang dari pelbagai peringkat umur akan berada di sana. Avindran dan Jim memberikan taklimat ringkas tentang matlamat dan objektif utama kempen Scout For Nature di samping maklumat-maklumat berkaitan dengan penyu. Kami pun berpisah menjadi 4 kumpulan.
Pada pukul 10.00 pagi, kami bersarapan pagi dan terus bertolak stesen bas Terminal 1. Kami terus memberi kesedaran kepada orang ramai tentang krisis yang dihadapi oleh penyu dan bahayanya telur penyu kepada manusia.
Pada pukul 1.00 petang, kami berharap dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menyelamatkan penyu yang hampir pupus dalam kalangan pengunjung gereja di SMK Methodist (ACS). Kami menjelaskan tentang usaha WWF Malaysia menghapuskan pembelian dan penjualan telur penyu.
Selepas itu, kami bertolak pulang ke rumah masing-masing. Kami berjaya memperolehi 300 tandatangan pada hari tersebut. Kami bercadang untuk meneruskan kempen in pada minggu yang akan datang di Jusco dan berharap dapat melaksanakannya dengan lebih berjaya.
Ahli-ahli yang terlibat dalam aktiviti pada hari tersebut:
Avindran A/L Tharmasegaran
Foo Wai Ken
Intan Farhana Binti Amir
Jim Yang Yexin
Kong Wei Teck
Kuan Boon Peng
Kwan Kien Bin
Lai Chin Yoon
Lai Kian Woon
Lau Zhi Hui
Lim Ting Min
Loong See Hao
Ng Yong Liang
Tan Wei Yew
Wong Sek Wei
Yeo Zhee Shern
-----------------------------------------------------------------------------------------
SCOUT FOR NATURE DI KEDAH TELAH DIADAKAN DI AUDITORUM KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KAMPUS SG PETANI. SERAMAI 75 ORANG TELAH MENURUNKAN TANDATANGAN MENYOKONG PROGRAM SCOUT FOR NATURE. PROGRAM DI KEDAH INI DIURUSKAN OLEH AHLI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH . PROGRAM DI KEDAH AKAN DITERUSKAN PULA SELEPAS INI DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KAMPUS ALOR SETAR DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment