Monday, August 17, 2009

Scout For Nature - Pengakap Kelana WPKL



Kempen Scout For Nature ini bertujuaan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dikalangan ahli Pengakap dan warga Malaysia . Khususnya golongan belia dalam kepentingan kita menjaga alam sekitar. Projek pertama dibawah Kempen ‘Scout For Nature’ adalah konservasi penyu iaitu Kempen ‘Egg=Life’ dengan kerjasama WWF Malaysia.


Kempen ini berpontensi untuk mengintegrasikan Pengakap bersama masyarakat. Ia juga memberi peluang untuk membina rangkaian komunikasi baru melalui kepengakapan.
Bersempena Hari Pengakap Sedunia 01-08-2009 dan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia, Majlis Pengakap Kelana Kuala Lumpur telah melancarkan Kempen “Scout For Nature : Egg=Life” dengan matlamat untuk mengumpul 10,000 tandatangan daripada orang ramai sebelum 12 September .

Setiap tandatangan yang dikumpulkan adalah bertujuan untuk konservasi penyu. Daging dan telur penyu mengandungi logam berat,toksid yang tinggi serta mempunyai parasit ,biotoksin termasuk bakteria berbahaya. Jadi , amalan pemakanan daging dan telur penyu ini akan memudaratkan manusia dan membawa maut.

Janganlah kita memakan daging/telur penyu , beli atau jual daging/telur penyu. Ia adalah barangan terkawal di bawah akta Perlindungan Hidupan Liar Bab 102, Seksyen 8(1) dan di bawah Perintah Kastam 2006, Bab 140 dan ia juga merupakan haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar , dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar (1972).

Terima kasih atas setiap langkah yang akan diambil untuk menyelamatkan penyu kita dari terus pupus.

Maklumat lanjut Hubungi :

Pengarah Projek
Scout For Nature
D. Arvind
(Pengerusi Majlis Pengakap WPKL)
Tel : (012-6788805)


Sila muat turn dokumentasi serta presentasi Kempen Scout For Nature.

No comments:

Post a Comment