Saturday, January 3, 2009
USUL-USUL DARI SC MEJAR MIOR ROSLI
USUL USUL DARI SC PPM WPKL untuk DI FIKIRKAN BERSAMA
(SILA HEBAHKAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN DAN PESURUHJAYA)
Setelah 100 tahun Pergerakan Pengakap bertapak di Malaysia, adalah didapati banyak perkara telah terkeluar dari landasannya yang asal. Walaupun cara hidup rakyat dan teknologi kita telah banyak berubah, masaalah sosial di kalangan budak-budak, remaja, dan belia dan beliawanis kita masih sama.
Saya ingin mengusulkan beberapa perkara dalam bentuk soalan dan cadangan seperti berikut demi untuk memperkasakan Perseketuan Pengakap Malaysia supaya ianya menjadi pertubuhan yang Agong dan terpilih di kalangan budak-budak, remaja, dan belia dan beliawanis kita. Saya berharap dengan menangani usul-usul yang di bentangkan, PPMWPKL akan dapat mencorak keperibadian kepimpinan yang terbaik untuk WPKL dan Negara di masa depan.
Saya harap semua pesuruhjaya dan pemimpin di bawah kepimpinan saya membaca dan memahami usul-usul yang saya kemukakan ini. Tolong sebarkan kepada mereka yang masih tidak membaca nya. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih tidak faham maksud saya di sini, maka saya anggap ini adalah satu masaalah ilmu yang harus di perbetulkan sebelum kita terkeluar dari landasan Pengakap yang sebenar.
Saya tidak mahu Pemimpin dewasa di PPMWPKL menjagi "SI BUTA MEMIMPIN SI BUTA"...
Tugas ini amat berat, maka saya mahukan semua yang memahami maksud saya di sini untuk terus berjuang bersama saya demi untuk anak-anak muda yang ada sekarang.
USUL PERTAMA
melandaskan semula TUJUAN LATIHAN KEPENGAKAPAN mengikut akta pengakap 1968 dan por ppm
Menurut Seksyen 5 (1) Akta Pengakap 1968 tujuan PPM adalah untuk mengalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:
(a) Melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;
(b) Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain;
(c) Mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan
(d) Memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.
Seksyen 5(2): Prinsip-prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.
Peraturan 1(a) POR menyatakan bahawa tujuan PPM adalah untuk:
-memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya
– melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan menimbangkan orang lain
- megajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya
- memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.
Soalan:
Sejauh manakah Latihan Kepengakapan masa kini telah mencapai tujuan-tujuan ini?
Apakah moduil dan pendekatan yang digunakan oleh Jurulatih bagi mencapai tujuan tersebut.
Adakah sebarang ukuran secara perangkaan telah di buat bagi melihat hasil Latihan tersebut?
Adakah jurulatih-jurulatih di beri latihan yang terkini bagi memantapkan kebolehan mereka dalam membanggunkan keperibadian budak-budak dan orang muda menurut apa yang di cita oleh PPM?
cadangan:
Adalah dicadangkan supaya kita menkaji semula samaada skima latihan budak-budak, kelana dan pemimpin menepati tujuan yang di gariskan di dalam Akta Pengakap 1968 dan POR. Sekiranya Akta pengakap 1968 dan POR tidak menepati tujuan semasa WOSM, maka usaha membuat pindaan hendaklah di buat terhadap Akta dan POR.
Latihan Pengakap adalah mirip kepada kaedah �Life Long Experiential Education�. Maka adalah di sarankan supaya semua jurulatih memahami Konsep dan Kaedah latihan sebegini supaya ianya di iktiraf oleh semua institusi global -yang membuat latihan Experiential yang mengunakan kaedah-kaedah �Adventure-Based�, �Adventure-Theraphy� atau �Metaphroric�.
PPMWPKL disarankan juga membuat perangkaan dan mengunakan data-data tersebut bagi menilai sejauh mana latihan yang dijalankan mencapai tujuan dan objektif.
USUL KEDUA
skima utama LATIHAN kePENGAKAPan
Menurut buku �Scouting For Boys� Lord Baden Powell menekankan bahawa tujuan utama Kepengakapan adalah untuk membina budak-budak dalam hal-hal:
Keperibadian Diri
Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani
Kerja tangan dan Kemahiran
Berkhidmat Untuk Awam
Untuk mencapai keperibadian Diri, Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
Mempunyai Sikap bertimbang rasa.
Menghormati hak orang lain.
Berdisplin.
Membina sifat Kepimpinan.
Bertanggungjawab.
Menjaga maruah dan moral diri.
Kesateriaan dan kepewiraan.
Kemampuan berdikari.
Mempunyai sikap berani.
Sentiasa Riang.
Daya pemikiran yang tinggi.
Berugama dan taat pada Tuhan.
Menghormati dan dihormati.
Mempunyai harga diri.
Taat dan Setia kepada Raja, Ketua dan Ibubapa.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui:
Menjalankan kerja-kerja mengikut system berpatrol.
Mengadakan Permainan “Teambuilding� secara berkumpulan.
Court of Honor – Majlis Ketua Patrol
Memahami dan mengamalkan Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
Kerja-kerja dan Aktiviti Pengakap.
Mengadakan Khemah Ibadat
Menghargai Alam Semulajadi.
Mengkaji dan bercerita tentang alam.
Astronomi.
Sayang kepada binatang.
Berkhidmat untuk orang.
Untuk mencapai taraf Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani yang tinggi, Lord Baden Powell menyatakan bahawa cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
Bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.
Ilmu Kesihatan.
Kesederhanaan.
Mengawal hawa nafsu.
Berkhemah.
Pembangunan Jasmani.
Bersukan.
Berenang.
Mengembara.
Mendaki dan aktiviti alam.
Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
Kemahiran Teknikal.
Kebolehan mencipta.
Intelektual
Daya memerhati.
Boleh membuat rumusan.
Boleh menerangkan.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
Kerja Tangan Pengakap.
Kemahiran Berkhemah.
Pioneering.
Penganugerahan melalui lencana-lencana terhadap perbagai kemahiran.
Kegiatan masa lapang.
Kemahiran di Hutan.
Menjejak Binatang
Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:
Tidak Mementingkan diri sendiri.
Tanggungjawab sivik.
Patriotisma.
Berkhidmat untuk Negara.
Berkhidmat untuk Kemanusiaan.
Berkhidmat dan beribadat untuk Tuhan.
Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:
Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
Menolong Orang.
Bantuan Awalan Perubatan.
Meyelamat Nyawa.
Ahli Bomba.
Pasukan Kemalangan.
Pembantu Hospital.
Lain-lain Perkhidmatan Masyarakat.
Cadangan:
a. Adalah dicadangkan supaya satu dasar di rancang dengan penuh teliti mengenai latihan diatas dan menerbitkan bahan rujukan supaya ianya dapat di laksanakan dengan terbaik.
b. Mengambil satu pendekatan modern seperti kaedah “Experiential Learning�dan “Experiential Education� dan melatih Jurulatih-Jurulatih supaya mereka benar-benar menjadi seorang sukarelawan yang mahir dalam bidang “Prosessing the Experience� bagi mengubahkan paradigma budak-budak, remaja dan belia-belia kita supaya menjadi rakyat yang lebih cermerlang.
USUL KETIGA
LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK HINGGA KE PENTARAFAN PENGAKAP RAJA
1. latihan PENGAKAP KANAK-KANAK
Menurut Peraturan 7 kepada POR, Undang-Undang Pengakap Kanak-Kanak masih lagi Kekal hanya dua(2) Undang-Undang sahaja, tetapi amalan di semua peringkat Pengakap Kanak-Kanak ada lah sama seperti Pengakap yang lain. Peraturan ini tidak boleh di pinda sesuka hati tanpa mendapat persetujuan WOSM. Lihat juga POR Peraturan 48.
Latihan Pengakap Kanak-Kanak bermula dengan �Tenderpad� dan bukan �Tenderfoot� atau lencana keahlian sepertimana yang diamalkan sekarang.
Latihan Pengakap Kanak-Kanak seterusnya adalah Bintang Satu dan Bintang Dua. Kemudian barulah layak untuk melayakkan diri untuk mendapat lencana kepandaian khas. Lihat POR 229(1) dan (2).
CADANGAN:
di cadangkan supaya �Tenderpad� atau satu nama yang lain di kekalkan dan Bintang Satu dan Dua juga dikekalkan kerana skima yang diamalkan sekarang (Keris Gangsa, Perak dan Emas) terlalu banyak dan tidak mampu untuk dicapai.
latihan pengakap muda/remaja
Menurut POR Latihan Pengakap adalah seperti berikut:
Tenderfoot – POR 243, 246(1), 247O (1)
Kelas Dua – POR 246(1)
Lencana-lencana kepandaian 246(2)
Kelas Satu – POR 246(1), 247P(1)
Bushman’s Thong, Lencana Kelasi atau Lencan Penerbanga –POR 247P(2)
Pengakap Raja –POR 247P(3)
cadangan:
Dicadangkan skima asal dikekalkan kerana skima Usaha, Maju, Jaya terlalu panjang dan tidak mampu di laksanakan.
pengakap raja dan pentarafannya
Adalah di perhatikan mutu sesetengah Pengakap yang telah di anugerahkan dengan Penganugerah Pengakap Raja tidak memuaskan dan tidak menunujukan keperibadian yang sepatutnya.
cadangan:
Dicadangkan semasa pentarafan Pengakap Raja di buat, perkara berikut hendaklah di beri tekanan yang lebih dari kemahiran pengakap:
Kesateriaan dan Patriotisma
Makna dan amalan RUKUNEGARA
Makna dan Amalan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
Meyediakan Buku Log mengenai khidmat Masyarakat yang telah di lakukan secara beterusan.
Perjanjian dan ikrar bawa Pengakap Raja itu akan terus berkhidmat samaada dengan pengakap atau masyarakat sepanjang hayatnya DAN berjanji akan menunjukkan keperibadian yang habis baik selagi dia memegang penanugerahan itu.
USUL KELIMA
LATIHAN SISTEM BERPATROL DAN KETUA PATROL
Sistem berpatrol adalah stau kaedah yang perlu dan yang membuat latihan pengakap berbeza dari badan-badan beruniform yang lain,. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan latihan yang di kendalikan adalah kursus ketua patrol tanpa mengutamakan kefahaman apakah sistem berpatrol itu sebenarnya.
Mengumpulkan 6 hingga 8 budak-budak di dalam Patrol dan melatih mereka sebagai unit-unit berbeza dibawah ketua tanggongjawab ketua mereka sendiri adalah kunci kepada troop yang baik. Patrol ini adalah unit-unit cara biasa Pengakap sama ada untuk berkerja atau bermain, untuk menjaga tatatertib atau untuk tugas.
Setiap Budak dalam Patrol perlu di beri kesedaran bahawa dia sendiri adalah unit yang bertanggongjawab dan kerhormatan kumpulannya bergantung kepada kemampuannya memainkan peranannya. Sistem berpatrol memberi kuasa yang bebas kepada ketua-ketua Patrol untuk menguruskan kegiatan dan pentadbiran Patrolnya.
Majlis Ketua Patrol (Patrol Leaders’ Council) dan “Court of Honour� adalah sebahagian yang sangat penting dalam system berpatrol. Ianya adalah satu Jawatankuasa Tetap yang dibimbing oleh Pemimpinnya, menyelesaikan hal-hal pentadbiran dan disiplin kumpulan. Ianya membanggunkan harga diri, hal-hal kebebasan yang bertanggongjawab dan mehormati peraturan dan undang-undang, dengan masa yang sama ianya mengalakkan amalan dalam tata cara yang berguna kepada setiap ahli secara individu dan kumpulan sebagai rakyat yang berguna untuk masa depan.
Majlis Ketua-Ketua patrol ini bertanggonjawab terhadap hal-hal rutin dan pengurusan mengenai hal-hal kumpulan seperti hiburan, sukan dan lain-lain. Di dalam Majlis in Penolong-Penolong adalah juga menjadi ahli-ahli Majlis supaya mereka didedahkan dalam hal-hal Majlis. Walaubagimana pun “Court of Honour� mengandungi hanya Ketua-Ketua Patrol dan missi yang khas seperti mengendalikan kes-kes disiplin dan hal-hal anugerah.
Adalah penting agar Pemimpin Pengakap mengenal pasti mengenai nilai yang luar biasa yand dia boleh ujudkan dari Sistem Berpatrol ini. Awal mula , pertama mula Patrol adalah sekolah keperibadian untuk individu. Ianya memberi Ketua Patrol itu latihan di dalam tanggongjawab dan nilai kepimpinan. Kepada pengakap-pengakap ia mengajar sikap menurut perintah demi kebaikan kumpulan, elemen-elemen kawalan diri sendiri yang terlibat dalam semangat kerjasama dan setia kawan.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari sistem ini kita beri kebebasan stanggonjawab sepenuhnya kepada ketua budak-budak ini . Jika kita hanya beri separuh kebebasan kita hanya akan dapat separuh hasil juga. Objektif utama sistem berpatrol adalah untuk membangunkan keperibadian.
Pemimpin Pengakap yang mengharapkan kejayaan tidak boleh hanya belajar dari apa yang di tulis tentang Sistem Berpatrol dan kaedah-kaedahnya, tetapi hendaklah mempraktikkan cadangan-cadangan tentang apa yang dia baca. Yang paling penting dalam sistem ini adalah apa yang dilakukan , dan dengan cubaan yang berterusan sahaja baharulah pengalaman boleh di capai oleh ketua-ketua patrol dan semua pengakap-pegakap. Lebih banyak tanggongjawab yang kita berikan kepada mereka, pastinya mereka akan bertindak lebih dan hasilnya akan membentuk kekuatan dan keperibadian yang tinggi.
Di dalam buku Scouting for Boys , Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden Powell, mencadangkan bahawa sistem yang boleh menggalurkan semangat berkumpulan yang semula jadi adalah mengadakan sistem berpatrol di kalangan budak-budak lelaki ; dan dengan mengadakan ketua patrol dari kalangan budak-budak itu sendiri untuk menjadi ketua mereka. Lord Baden Powell berpenudapat bahawa pemimpin budak-budak ini hendaklah terdiri dari mereka yang tertua dalam kumpulan itu. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai kemahiran dan perhatian yang lebih semasa melatih ketua-ketua budak-budak ini. Bantuan yang paling penting kepada kelancaran system berpatrol ini adalah terletak kepada memberi kesedaran dan latihan yang betul kepada Sistem berpatrol ini.
CADANGAN:
Adalah di cadangkan bahawa Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang masih muda dan memerlukan ilmu dan bimbingan turut serta dalam kursus Ketua Patrol ini. Kursus ini tidak bertujuan untuk menggantikan apa-apa latihan formal yang diberikan kepada Pemimpin-Pemimpin pengakap tetapi ianya lebih kepada bertujuan untuk memperkasakan tanggungjawab mereka , dan kerana terdapat juga daerah-daerah yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat latihan ini. Buku panduan yang lengkap harus di ujudkan supaya dapat memberi satu garis panduan dan juga dapat menolong Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan Ketua-Ketua Patrol dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kursus Ketua Patrol yang menepati kehendak Pengkap yang sebenarnya harus dirangka dan di kendalikan di setiap daerah dan akan di pimpin oleh Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang paling berpengalaman dari semua daerah dengan bantuan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah. Dengan cara ini kita akan dapat mengumpulkan pengalaman yang terbaik secara holistik dan di dedahkan kepada setiap ketua patrol semasa kursus.
Adalah diharapkan kursus Ketua Patrol seperti ini akan menarik minat budak-budak muda dan remaja untuk terus mempelajari ilmu pengakapan dan memimpin adik-adik mereka yang lain supaya menjadi pengakap yang sebenarnya, seterusnya konsep sistem berpatrol dalam kumpulan pengakap dapat di praktikan dengan jayanya.
Akhir sekali adalah di tegaskan bahawa patrol pengakap ada lah satu unit untuk latihan dan berorganisasi. Oleh yang demikian Pemimpin Pengakap mesti menentukan supaya setiap ketua patrol hendaklah di latih dalam tugas-tugas nya. Pemimpin Pengakap adalah bertanggungjawab atas perkara ini, dan kursus Ketua Patrol hendaklah di rancang untuk membantu mereka. Adalah di harapkan Buku Panduan ini akan membantu Pemimpin dan ketua patrol untuk mencapai tahap keberkesanan yang diperlukan dalam sesebuah kumpulan pengakap.
“Pengakap belajar melalui perbuatan dan Pengakap akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh jika mereka suka apa yang mereka buat dan lakukan. Oleh yang demikian marilah kita membuat pengakapan satu tempat pembelajaran yang menyeronokkan�
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment