Salam Pengakap,
Dalam Undang-undang Pengakap, kesemuanya dalam nada positif. Tiada undang yang menyatakan "jangan", "tidak boleh" dan "bukan"; kecuali Undang Ke-11 yang tidak tertulis : A scout is not a fool.
Contohnya, Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Ia tidak mengatakan dalam negatif seperti "jangan biadap". Mengapa?
Saya percaya ianya kerana BP faham akan cara dan kelakuan budak. Mereka akan buat perkara yang orang dewasa cakap "jangan" buat. BP : "Scout Law is our binding disciplinary force. The boy is not governed by DON'T, but let on by DO. The Scout Law is devised as a guide to his actions rather than as repressive of his faults"
POR pula adalah khasnya untuk pemimpin dewasa yang tahu apa salah dan betul. Saya percaya oleh itu adanya hukum-hukum yang nyatakan "tidak boleh". BP menyatakan POR sebagai "Rules on how to play the game of Scouting for Boys". Dalam Aids to Scoutmastership, BP juga menyatakan bahawa orang dewasa memasuki Pergerakan Pengakap dengan mata terbuka dan dengan menerima garisan yang ternyata.
"Where a man cannot conscientiously take the line required, his one manly course is to put it straight to his Commissioner or to Headquarters, and if we cannot meet his views, then to leave the work. He goes into it in the first place with his eyes open, and it is scarcely fair if afterwards, because he finds the details do not suit him, he complains that it is the fault of the Executive."
Oleh itu, POR itu mesti dipatuhi. Ini tidak bermaksud kita tidak boleh mempersoalkannya atau mencadangkan perubahan demi kebaikan dan pembangunan kepengakapan. Sehingga ianya diubah mengikuti peraturan tentang perubahan yang terkandung dalamnya, ianya mesti dipatuhi.
Dan BP juga menyatakan bahawa "Character" atau perwatakan adalah salah satu tujuan kepengakapan. Saya percaya POR diadakan supaya Pergerakan Pengakap terurus dan satu ruang tersedia untuk "Character Building". Dan apabila kita cakap tentang "Character Building", apanya yang dimaksudkan "Character"? Apanya nilai murni yang terkandung dalam perkataan "Character" tersebut. BP memberikan 8 nilai petunjuk dalam Aids to Scoutmastership : Fairplay, Self-Reliance, Self-Respect, Reverence, Discipline, Sense of Honour, Enjoy Life dan Loyalty. Saya percaya 8 nilai ini tidak boleh terpisah-pisah.
Sekian, Salam Pengakap.
Eng Lay
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju.. Dalam buku ilmu pengakap bagi budak2 1987 (alihbahasa dari scouting for boys) ada sebut pengakap buku seorang yang bodoh, undang2 ke 11 ini tidak bertulis..
ReplyDelete