Wednesday, March 11, 2009

Program Sehari Bersama Pengakap Lembah Pantai

Laporan perjalanan Program Sehari Bersama Pengakap Lembah Pantai 28/08/2009

Objektif Program
Tujuan Utama Program bertujuan mempercepatkan pendaftaran ahli Persekutuan Pengakap Lembah Pantai dan untuk mempereratkan lagi hubungan diantara pasukan daerah dengan pemimpin-pemimpin kumpulan serta ahli pengakap di dalam daerah Lembah Pantai.

Pada 28hb Februari 2009, semua perancangan dan percaturan
program PSBLP telah berjalan lancar serta
telah mencapai objektif
penganjurannya.

8.00pagi – Para peserta telah mula ramai berkumpul di SM K Bangsar
dan masing-masing giat berlatih memperbaiki gerakan persembahan

kawat mereka.

9.00pagi – Semua peserta dan tetamu mula berkumpul di dataran
Rahman, manakala program dimulakan dengan ucapan pesuruhjaya
Daerah Lembah Pantai iaitu en. Zainor Sham Abdullah diikuti
Perasmiannya dibuat oleh Datin Hajah Noraini Bte Awang (pen.
Ko Kurikulum SMK Bangsar)


10.00pagi- Pertandingan Kawat bermula di mana pasu
kan pengakap
SMK Bangsar memulakan pertanding
an dan diikuti pasukan lain.
Setiap pasukan telah diberi masa selama 10minit sahaja.

12.00tgh – Waktu rehat dan semua pasukan telah mempamirkan
pesembahan kawat. Pertandingan terbuka iaitu teka kacang
dibuka kepada semua yang hadir dan diadakan di gerai ruangan
pamiran.

12.30tgh – Pertandingan pesembahan dimulakan oleh kumpulan
Kugiran ‘no colour’ dari SMK Bangsar dan di ikuti kumpulan

‘lelaki’ juga dari SMK Bangsar.

1.00tgh - Sambung rehat / solat zohor

1.40tgh – Peserta ratu cantik pengakap mula naik pentas, di mana
Ketiga-tiga pesertanya dari SMK Bukit Bandaraya

2.00ptg – Penyampaian hadiah bagi semua ketegori pertandingan
di mana keputusannya adalah seperti berikut:

1. PERTANDINGAN KAWAT (PENGAKAP)
Juara : SMK Sri Pantai

Naib Juara : SMK Bangsar
Ketiga : SMK Bukit Bandaraya

2. PERTANDINGAN KAWAT (TERBUKA)
Juara : Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Naib Juara : Pasukan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)
Ketiga : Pasukan Pandu Puteri


3. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN
Persembahan Terbaik : ‘ Lelaki ‘ ( SMK Bangsar )


4. PERTANDINGAN RATU CANTIK PENGAKAP
Johan : Nur Diyanah Binti Mohd Ali ( SMK B.Bandaraya)

Naib Johan : Nur Syazana Binti Abd. Hashim ( SMK B.Bandaraya)
Ketiga : Fatin Haifaa Binti Zulkurnain ( SMK B.Bandaraya )

2.30ptg – Semua bersurai namun kaunter pendaftaran keahlian
Pengakap 2009 terus dibuka sehingga pukul 5.00petang.

Photo pertandingan kawad




Photo pertandingan ratu cantik






Photo pameran dan gerai

No comments:

Post a Comment