There will be a Sikap Kem be held at Selat Melaka for Zon Bangsar, detail of Camp as follows:-
Date : 8-12 April 2009
Venue : Pantai Puteri, Melaka
Eligibility : Remaja who have awarded Rambu Kuning or has minimum completed 5 Lencana Tertinggi and still below age 17 1/2
Contact Person: ADC Latihan, Encik Famie Shafie 0122854723 or famieshafie@yahoo.com
TUJUAN PERKHEMAHAN
Kini banyak kegiatan-kegiatan yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar zaman remaja. Remaja sekarang banyak terdedah kepada pelbagai aktiviti yang tidak sihat yang menyebabkan keruntuhan moral. Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri sejak 100 tahun lepas telah sedar akan masalah ini dan sehubungan dengan itu pergerakan ini telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan ahli-ahli Pengakap supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya.
Ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan ini. Banyak latihan dan pengalaman diperolehi semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak terdapat dalam pelajaran yang dipelajari di bilik darjah mahupun di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada remaja yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar.
Antara tujuan dan kepentingan perkhemahan kepada ahli-ahli Pengakap ialah:
Pengetahuan ahli Pengakap sebagai pelajar secara tidak langsung semakin berkembang dengan menyertai sesuatu perkhemahan. Di tapak perkhemahan yang biasanya dipilih, kita dapat menghayati keindahan alam semulajadi. Satu nikmat Tuhan yang patut disyukuri.
Mewujudkan perasaan muhibbah di kalangan berbagai bangsa dan agama melalui aktiviti bersama. Di sini mereka berpeluang mendekati cara hidup dan adat resam rakan-rakan berbangsa lain-lain terutama dalam satu patrol yang sama. Jalinan rasa persahabatan dan hubungan setiakawan terhasil.
Penghayatan alam semulajadi boleh menimbulkan jiwa yang tenteram. Keadaan ini akan membentuk peribadi mulia dan kewarasan berfikir. Segala tindakan akan dilakukan dengan penuh ketenangan dan berhati-hati.
Aktiviti-aktiviti yang disusun sebegitu rupa boleh melatih seseorang ahli pengakap sentiasa tabah dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Percaya pada diri sendiri dan mempunyai kayakinan diri.
Sepanjang perkhemahan semua tugas asas untuk hidup terpaksa dibuat sendiri. Mereka belajar memasak, membasuh, menjaga keselamatan diri, membina tempat tinggal (khemah) dan sebagainya. Jika selama ini mereka sentiasa mengharapkan keluarga di rumah tetapi melalui latihan sebegini, bakal melahirkan individu serba boleh.
Semua aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan sistem berpatrol. Setiap perkara akan dibincangkan bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Sistem berpatrol akan mewujudkan disiplin diri seperti menurut perintah, semangat kerjasama, tolong-menolong serta saling faham-memahami. Ini akan menghasilkan satu masyarakat yang kukuh dan berdisiplin.
Semasa berkhemah juga, ahli-ahli pengakap berpeluang menonjolkan diri dari segi kecekapan dan kemahiran masing-masing tampa rasa malu dan segan.
TENAGA PENGAJAR
Barisan tenaga pengajar bagi perkhemahan ini terdiri daripada pemimpin dan pesuruhjaya Pengakap yang berpengalaman tinggi dalam ilmu kepengakapan. Barisan jurulatih ini mengamalkan konsep pendidikan Pengakap yang tidak memerlukan sebarang sentuhan fizikal dalam latihan kemahirannya serta tidak mengamalkan konsep ragging.
Adakah jurulatih-jurulatih ini berbayar perkhidmatannya? Tidak, barisan tenaga pengajar ini adalah sukarelawan yang sentiasa berkhidmat demi kebaikan pembangunan pengakap khasnya dan masyarakat amnya.
Mengapa PERKHEMAHAN ini hanya dikenakan bayaran serendah RM7.00 untuk perkhemahan 4 hari 3 malam?
Yuran untuk perkhemahan ini adalah PERCUMA kerana penggunaan kawasan perkhemahan juga PERCUMA. Peserta hanya dikenakan bayaran untuk menanggung kos dokumentasi. Ini adalah hasil daripada kerjasama Japerun Pantai Kundur, Polis Marin Melaka, Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Persatuan Nelayan Negeri Melaka, JKKK Pantai Puteri dan barisan sukarelawan dalam organisasi Pengakap.
Dengan itu, pihak penganjur tidak menyediakan pengangkutan, bekalan makanan dan khemah.
Tujuan utama pihak penganjur menggunakan konsep sebegini adalah untuk membuka peluang para Pengakap untuk berpeluang mengikuti latihan kemahiran Pengakap dibawah tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi pada kadar yang tidak membebankan.
Ibubapa digalakkan untuk turut hadir ke perkhemahan ini untuk melihat sendiri kaedah latihan yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan tersebut.
PERATURAN PERKHEMAHAN
Perkhemahan ini mengamalkan tahap disiplin yang tertinggi dan tiada tolak ansur dalam penguatkuasaan peraturan perkhemahan. Penganjur berhak untuk menangguh, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan sebelum ataupun semasa perkhemahan berjalan. Peserta yang menepati mana-mana syarat-syarat utama dalam tindakan pembatalan penyertaan akan di hantar pulang.
SYARAT-SYARAT UTAMA TINDAKAN PEMBATALAN PENYERTAAN
Di dapati melanggar peraturan keselamatan dalam aspek kawalan risiko yang mungkin membahayakan diri sendiri atau peserta yang lain atau kedua-duanya sekali.
Di dapati demam, tidak sihat atau tidak layak secara kekuatan fizikal untuk meneruskan sebarang latihan dalam perkhemahan.
Di dapati cedera semasa menjalankan aktiviti sehingga tidak mampu untuk menyertai aktiviti yang seterusnya.
Di dapati tidak mengamalkan sikap kerjasama dan diplomasi antara peserta sehingga menimbulkan ketidakselesaan yang menjejaskan kelancaran aktiviti.
Di dapati kehabisan bekalan makanan sebelum hari tamat latihan yang boleh menjejaskan penyertaan dalam aktiviti seterusnya.
SENARAI AKTIVITI
Seni lukis & skala
Seni sukat & anggar
Seni simpulan & ikatan
Menaiki bas ekspress
Pengembaraan berjalan kaki
Melawat tempat-tempat bersejarah
Menjala ikan
Memancing
Khidmat komuniti membersihkan pantai
Membuat kajian kehidupan nelayan
KERJASAMA
JKKK Pantai Puteri
Balai Polis Tanjung Keling
Polis Marin Melaka
Jabatan Perikanan Negeri Melaka
Persatuan Nelayan Negeri Melaka
Japerun Pantai Puteri