Friday, November 28, 2008

PERTUKARAN TARIKH PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA TAHUN 2008

Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya bahagian Laitihan Negeri memaklumkan bahawa tarikh Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja tahun 2008 telah ditukar kepada 26hb Disember 2008 hingga 28hb Disember 2008 atas nasihat Pesuruhjaya Latihan Negara. Butir-butir lain masih kekal sama.

Adalah diingatkan bahawa borang PPM (PR) berserta dengan borang maklum balas kehadiran (yang dilampirkan bersama surat ini) perlu dipulangkan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada hari Ahad, 30 November 2008, untuk memudahkan kami melakukan persiapan yang seterusnya.

Sekiranya pengakap remaja mempunyai sebarang pertanyaan, sila menghubungi saudara Chai di nombor telefon 0163830363

No comments:

Post a Comment