Monday, May 4, 2009

Perkhemahan Patrol-Patrol Pengakap Zon Bangsar

Perkhemahan mencabar ketahanan mental dan fizikal selama tujuh hari hanya untuk yang tegar dengan cabaran aktiviti lasak. Antara aktiviti yang menarik adalah ekspedisi mendaki Gunung Nuang, pengembaraan hutan,kemudi sungai, pertandingan bola sepak Exo-Football, pertandingan tarik tali, pertandingan catur dan banyak lagi.



Butiran Perkhemahan

TARIKH : 3hb hingga 9hb Jun 2009 (7 Hari: Rabu hingga Selasa)
TEMPAT : Sungai Chongkak , Hulu Langat, Selangor

YURAN PERKHEMAHAN : Yuran perkhemahan adalah RM89.00 sahaja


Bayaran yuran perkhemahan ini termasuk pengurusan pengangkutan, dokumentasi dan bahan-bahan edaran perkhemahan.
**Khemah dan bekalan makanan basah akan disediakan. **

SYARAT-SYARAT PERYERTAAN PATROL
  1. Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih daripada satu patrol.
  2. Tidak lebih dan tidak kurang 8 peserta setiap patrol.
  3. Patrol hendaklah dibentuk mengikut unit MUDA atau REMAJA.
  4. Ahli-ahli dalam Patrol hendaklah dibentuk tidak bercampur jantina.
  5. Jawatan utama dalam patrol mestilah dilantik mengikut kebolehan.
  6. Ketua patrol dan penolongnya hendaklah memakai tanda pangkat.
  7. Tongkat ketua patrol hendaklah mengibarkan bendera patrol.
Jadual aktiviti klik di sini

Lain-lain perkembangan program ini akan di paparkan di laman web ini, segala pertanyaan boleh di tujukan kepada :-

Mr Kenneth Soh
Pesuruhjaya Pengakap Zon Bangsar
[012-3290663 / kennethsoh.bangsarscouts@gmail.com]

012-7751921
Cik Erma Yanti Osman
Pengurus Perkhemahan

No comments:

Post a Comment